Monday, September 8, 2008

PROJECT BASED LEARNING

PROJECT BASED LEARNING adalah juga dikenali sebagai PBL. Ianya merupakan satu cara yang biasa diguna pakai di negara barat seperti di Amerika Syarikat. Menggunakan konsep pembelajaran kendiri dan exploitasi kemahiran secara maksimum serta capaian kepada pengalaman sebenar (real life) dunia luar, pelajar didedahkan kepada cara pembelajaran alaf 21 yang lebih menyeluruh dalam pembangunan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek) seseorang pelajar.

Menyahut cabaran sebagai sekolah Bestari, SMK Sungai Pusu telah mengadakan projek rintis PBL, dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor. Projek ini telah berlangsung selama 4 minggu dan dilakukan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 Ibnu Sina, dibawah seliaan Pn Rajiah (Ketua Panitia Kimia), Pn Asmiza (Guru Kimia) dan Cik Siti Rafidah (Guru Pelatih IT dari UPSI).

Tajuk Project Based Learning (PBL) anjuran Panitia Kimia ini ialah "CAN SULPHURIC ACID BE OUR FRIEND?"


Pelajar telah didedahkan bagaimana untuk mencari maklumat menurut prinsip-prinsip PBL. Bagi Projek Rintis ini, pelajar hanya menari maklumat menerusi laman web, buku rujukan, buku teks dan temuramah dengan guru yang berkaitan.

Hasil dapatan dipersembahkan dalam Presentation of Learning (POL) pada 29 Ogos 2008 yang lalu. POL ini turut dihadiri oleh Pengetua SMKSP, Guru Penolong Kanan SMKSP, Guru-guru terpilih, En Hamzah dari Pusat Kegiatan Guru (PKG) Gombak, Pn Norliza Hj Brahim dari UPM dan disaksikan oleh pelajar -pelajar tingkatan 4 aliran sains.

Pelajar 4 Ibnu Sina telah berjaya membuat persembahan yang baik, dengan bantuan poster yang menarik dan model-model pencemaran alam. Mereka juga berjaya menghasilkan laman-laman Web tersendiri.

CAPAIAN LAMAN WEB PBL 4 IBNU SINA 2008:


1. www.freewebs.com/chemist-ibnusina
2. www.freewebs.com/smksgpusu-pbl-chemistry
3. www.freewebs.com/lovechemistry
4. http://www.freewebs.com/chemistcorner


UNTUK ITU, SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR 4 IBNU SINA!!

SALAM RAMADHAN

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA ...!!!

Aktiviti sehingga September 2008

Assalamualaikum pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian

Alhamdulillah, Panitia Kimia SMKSP telah berjaya menjalankan beberapa aktiviti yang telah dirancang dalam Rancangan Tahunan Panitia Kimia, diantaranya:
  1. Pertandingan Periodic Table of Element sempena Minggu Sains dan Matematik SMKSP
  2. Bengkel Teknik Menjawab Kimia Kertas 2 Tingkatan 5
  3. Kuiz Kimia Kebangsaan
  4. Projek "Project Based Learning" Tingkatan 4